09 January, 2014

Kenapa?

Kadang kita simpan cerita/rasa dalam hati sebab kita jaga hati orang sekeliling. Kadang kita berkorban sana-sini akhirnya kita yang terkorban. Kadang waktu malam sebelum tidur, kita bersyukur, we count our blessing, tapi tiba-tiba kita tersentak, ada hasad dengki tarik benang kebencian dalam hati. Hati kita mula tak senang, kenapa kau je yang susah? Kenapa orang tak nampak apa kau cuba buat? Kenapa kalau kau cakap kau buat ni sebab rasa kau sebagai manusia, orang cakap kau berlagak? Kenapa orang tak bertimbang rasa? 

Kenapa?

Tapi kita malas ambil pusing. Istighfar, dan berdoa pada tuhan dan yakinkan hati bahawa tuhan maha melihat dan mendengar. Mungkin apa yang kita rasa sekarang ni, kita pernah buat orang lain rasa dulu. 

Kita kena pilih untuk gembira. Kita yang boleh ubah nasib sendiri. Kita berusaha. Kita tawakal.

Dan terus berdoa supaya orang-orang bangang sekeliling kita dikurniakan pencerahan hidup supaya tak menyusahkan hidup orang lain.

Hehe. 


No comments: